Ahad, 30 Mei 2010

Mimpi Indah

Ayat Qursi













Puteri Bongsu & Kakaknya Nornatrah

Hari ini ciksu rasa sangat tersentuh kerana malam tadi selepas ciksu mengadakan doa selamat untuk puteri Sulong yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti dan membacakan yassin untuk puteri bongsu ciksu yg telah pergi untuk menemui llahi.Sesungguhnya terubat sedikit rasa rindu terhadap Beliau selepas ciksu bermimpi bertemu Dia dan sempat bergurau seperti Ia masih ada dahulu, walaupun Ia telah pergi hampir setahun tapi rasanya Ia tetap ada selalu dihati ini.Kenangan dengannya tak pernah padam kerana ia terlalu manja dengan ciksu dan merupakan seorang puteri yg sentiasa bercakap lemah lembut dan sentiasa meminta izin sebelum memulakan sesuatu bicara dan sentiasa mengingatkan ciksu akan waktu solat. sesungguh Allah lebih menyayangi Dia dan semoga Ia sentiasa disisi orang-orang soleh dan ditempatkan ditaman-taman Syurga.Cuma satu yg tak dapat ciksu lupakan adalah beberapa bulan sebelum Ia pergi, ia selalu memainkan lagu dari rossa iaitu -Ayat-ayat Cinta tak sangka lagu ini membawa maksud dan meninggalkan kenangan buat ciksu.Setiap kali lagu ini kedengaran ciksu akan terasa pilu dan air mata akan mengalir dengan sendiri.Saat cerita ini dilakarkan airmata ciksu tidak berhenti mengalir terasa sungguh rindu terhadap arwah dan oleh kerana terlalu banyak mengalirkan air mata ciksu kini menggunakan kacamata untuk membaca dan menjahit mungkin kesan daripada terlalu banyak menangis.Ia pergi pada usia 4 tahun 6 bulan.Hanya surah Yassin, Ayat Qursi & Solat Sunat mampu memulihkan ciksu dari kemurungan dan mampu meneruskan hidup seperti biasa. Oleh itu ciksu nasihatkan kepada sesiapa yang ingin merawat perasaan dalaman kita banyak-banyaklah beribadat dan mengamalkan ayat-ayat tersebut dan menerima Qada & Qadar dari Ilahi. Amin .....................

1 ulasan:

♥Cik Puan♥ berkata...

dia rindu kak su tue,,