Rabu, 30 Jun 2010


*** @Ciksu68 ****

Isnin, 28 Jun 2010

Duit oh duit....


Hai nasib kurang baik hari ini ciksu terpaksa berbelanja lagi , tv rosak gara-gara puteri ketiga ciksu yg terlalu kasar hingga menyebabkan spring starter tv tersebut rosak alahai nak buat macamana nasib badan melayang lagi pulus....

Ahad, 27 Jun 2010

Bunga Qulhuallah


Hari ini seperti biasa ciksu akan pergi menziarahi pusara arwah puteri bongsu ciksu, setiap hari minggu ciksu akan melawat pusara arwah dan sambil itu ciksu akan membawa bunga yang dicampur dengan daun pandan untuk disedekah kepada puteri tersayang.

Sabtu, 26 Jun 2010

ZIKIR HARIAN


Hari ini jumaat ciksu sempat menonton program ukhwah tv9 dengan topik BERTUAH MENJADI SEORANG WANITA. Dan zikir ini ingin ciksu kongsi bersama menurut kata ustazah amalan zikir harian dapat meningkatkan maruah kewanitaan dan menambah pahala amalan harian serta mendekatkan kita kepada Allah ,serta mendapat pahala dalam apajua amalan dan perkerjaan yang kita lakukan.

Cuti 2 dalam satu

Hari ini ciksu bercuti untuk pergi kesekolah puteri ketiga ciksu dan dalam masa yang sama ciksu ambil kesempatan untuk housekeeping sebab dalam beberapa minggu yg lepas terlalu sibuk, Jadi hari ini ciksu mula mengemas selepas solat subuh sehingga zuhor barulah selesai dan makan tengahari sekadar ayam goreng sahaja. Itu sahaja rezeki tegahari ini. Amin.......




Inilah lunch ciksu tengahari ini.

Alhamdulillah........................





Ubat gatal yg tiada kesan parut

Pada kebiasaanya kanak2 akan mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan kegatalan dan sangat cepat merebak untuk itu ciksu ada sedikit petua yg dapat dimanfaat untu kegunaan bersama bagi mengubat penyakit ini dan tidak akan meninggalkan kesan parut dan kanak2 tidak akan mendapat penyakit ini untuk selamanya,Insyaallah...





Ini adalah belerang yang senang didapati dikedai ubatan cina dan perlu dimasak dengan minyak masak yg bersih ubtuk selama lima minit sahaja.Setelah sejuk sapukan pada kulit kanak2 yg terdapat luka atau kudis tersebut. Amalkan sehingga luka sembuh ,Insyaallah setelah sembuh tiada kesan parut pada kulit dan tiada kudis pada kanak2 sehingga dewasa.

Gunakan bekas tin susu atau bekas tin sardin kerana bau belerang akan melekat pada bekas tersebut dan mudah untuk dipanaskan jika perlu.


Selamat mencuba, kerana ciksu telah melakukannya pada puteri2 ciksu dan mereka hanya kena sekali sahaja kudis pada kulit dan Alhamdulilah hingga sekarang tiada jangkitan dan parut lagi.
Amin...........................


Jumaat, 25 Jun 2010


glitter-graphics.com

Selasa, 22 Jun 2010

Penjara Pudu Dalam Kenangan


LUMPUR: Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah banduan sejak lebih 100 tahun lalu mula diruntuhkan malam tadi apabila kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya.
Kerja merobohkan tembok sepanjang kira-kira 300 meter itu akan dijalankan setiap malam mulai malam tadi hingga esok. Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.
Sepanjang kerja dijalankan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif disebabkan hanya separuh jalan akan dibuka manakala separuh laluan lagi digunakan untuk kerja meruntuh tembok.Pemecahan tembok itu yang pernah dicatatkan sebagai lukisan mural terpanjang di dunia dilakukan untuk pelaksanaan projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah penyuraian trafik.Ratusan orang datang untuk menyaksikan kerja meruntuhkan Penjara Pudu yang dianggap salah satu monumen bersejarah negara, mengambil serpihan tembok batu itu untuk dijadikan cenderamata

Arcopal Glass Ware


Hari ini ciksu dah dapat dinner set dan tea set yang ciksu order sebab dinner set ciksu dah terlalu lama dan kebanyakan cawan untuk tea set dah pecah , jadi ciksu belilah yg baru boleh guna untuk raya nanti.

Isnin, 21 Jun 2010

Hadiah Istimewa Hari Bapa

Tanggal 20hb June hadiah istimewa untuk seorang bapa dari puteri sulong kami kerana hari ini merupakan hari pertama ia menjejakan kaki ke Universiti .Perasaan gembira tidak terucap tetapi tergambar dari riak wajah seorang bapa walau dalam keadaan penat.


Puteri kami menunggu giliran untuk memasuki dewan utama untuk pendaftaran kemasukan dan mengambil keperluan lain seperti tag pelajar, kunci hostel dan sebagainya


Pemandangan sebahagian kampus yang agak luas melebihi 10 hektar dan pelbagai fakulti.


Fakulti Perniagaan disinilah puteri kami akan menimba ilmu untuk jangkamasa 3 tahun Semoga ia akan berjaya dengan pointer yang bagus



Pemandangan sebahagian kampus yang agak luas melebihi 10 hektar dan pelbagai fakulti.









Bersama ninda tersayang





Memori indah diabadikan bersama ninda tersayang didalam kawasan persekitaran kampus.




















Puteri ketiga agak keletihan di saat menunggu dan agak kelesuan kerana cuaca terlalu panas.

Ahad, 13 Jun 2010

4 hari yang membosankan

Minggu ini cukup membosankan kerana ciksu terpaksan lakukan segalanya sendirian dari tugasan pejabat hinggalah urusan rumah tangga semuanya dibuat sendirian. Apa tidaknya suami ciksu pergi outsation 4 hari , malam Ahad baru pulang . Letih dan bosan rasanya nasib baik ada anak-anak dapat juga teman untuk bersembang............
Kepada suami ciksu hati-hati dalam perjalanan biar lambat asal selamat.
Amin................

Khamis, 10 Jun 2010

Tekstil Ungu Buat Sibulat


Tersenyum manja selepas menerima hadiah merajuk......................


Inilah kain untuk baju kurung yang ciksu beli untuk puteri ketiga ciksu atau panggilan manjanya sibulat .Ciksu beli baju ini kerana dia merajuk hari itu jadi untuk memujuk ciksu belikan sepasang kain untuk dibuat baju kurung.

Selasa, 8 Jun 2010

Aksesori Budget


Hari ini lunch time ciksu keluar lunch dgn kawan2 , kami pergi shopping dan ciksu berkenan sangat dengan rantai ala-ala mutiara ni. Jadi ciksu belilah jangan tak percaya costingnya RM10. sahaja, sampai lunch makan burger sahaja sebab tak sempat nak makan nasi haaaa.......

Semoga Sihat Sejahtera Selamanya

Inilah puteri kelahiran untuk Hari Keputeraan YDP Agong hinggakan namanya diambil sempena nama Tunku Ampuan Najihah semasa pemerintahan nya-Nornajihah yang bermaksud Cahaya kejayaan


Inilah sahaja hidangan yang sempat ciksu sediakan maklum sahajalah ciksu baru pulang dari office terpaksa mencari kek yang ready make sahaja.

KFC & Kek Coklat menjadi kegemarannya sejak kecil lagi













Permintaannya mudah sahaja asalkan ada kentucky dan kek coklat sudah mencukupi untuk dikongsikan bersama keluarga.
Ciksu doakan ia agar sihat selalu dan panjang umur semoga ia menjadi puteri yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat, AMIN .....................

Sabtu, 5 Jun 2010

Part time hari Sabtu




Hari ini hari keputeraan YDP Agong so ciksu cuti jadi disebabkan suami ciksu terpaksa berkerja, jadi ciksu pergilah menamani suami tersayang untuk menghantar barangan pelanggan di sekitar Selangor. Seronok juga dapat merasai pengalaman bertemu pelanggan dengan pelbagai ragam dan bermacam bangsa dan suasana yang berbeza. Walau apa pun ciksu bangga mempunyai suami yg sabar melayan kerenah pelanggan.Semoga ia selalu dapat menjalankan kewajipan dengan penuh kesabaran. Wasalam ............