Selasa, 24 Ogos 2010

Berbuka Puasa DiSatay Hut



Inilah gambar restaurant Satay Hut pada waktu siang.Lokasinya di Tanjung Karang.

Ciksu singgah untuk menghilangkan penat dan menikmati satay hut sebagai juadah berbuka rasanya memang sedap.
Setiap kali pulang keKg ciksu pasti akan singgah disini.



Ini pula macam biasa minumam kegemaran ciksu nescafe tarik.

Dan yang ini special sikit abc sedap gila dan warna-warni lagi.



Ini nasi goreng ayam kunyit buat putri ketiga ciksu.Ayamnya banyak dan puas makan.


Inilah satay yang kami order untuk hari itu.Harganya cuma 60sen secucuk tapi saiznya dua kali ganda satay biasa, memang puas hati bila makan.

Kepada kawan2 yg nak cuba silakan senang aja nak cari lokasinya cuma dari tepi jalan dah nampak dilaluan tanjung karang.


Selamat berpuasa dan selamat menyambut Lebaran.Wassalam..........

*** @Ciksu68 ****

Selasa, 17 Ogos 2010

Buka Puasa








Hari ciksu berbuka dengan kari kepala ikan, yong tau fuu dan putu piring semua ciksu beli dari pasar malam. Tapi rasa memang sedap sebab ciksu beli dari mereka yang selalu menjaja , jadi tak perlu risau tentang keenakannya, Amin selera terbuka dibuatnya.Alhamdullilah............

glitter-graphics.com*** @Ciksu68 ****

Jumaat, 13 Ogos 2010

TIP UNTUK WAHAI BAPA N SOMI DIBULAN INI...

Salam ramadhan..kat sini ciksu nak kongsi sedikit tip tuk tatapan para bapa..korang bagitau kat somi masing2 yer..mana ada kaum bapa kat sini yg skodeng blog aku..okey..kat sini ciksu pamerkan 8 tip lelaki meraikan Ramadan dan pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang bulan suci ini.Harap baca yee.....


1) Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.
2) Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.
3) Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.
4) Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.
5) Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
6) Berbuka bersama-sama - ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.
7) Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.
8) Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.


*** @Ciksu68 ****

Khamis, 12 Ogos 2010

Rindu datang lagi



Hari ini hari pertama puasa hati ciksu rasa rindu sangat pada arwah putri bongsu rasa seperti dia baru lagi disisi ciksu, kenangan puasa bersama ia masih segar diingatan. Keletahnya masih terdengar di telinga ciksu, botol susunya pun masih ciksu simpan dengan elok dan ciksu jaga dengan sempurna disamping sepasang baju yang ia suka masih ciksu simpan dengan elok.Semoga ia berada disisi orang- orang soleh dan terpelihara selalu. Aminnn.................






*** @Ciksu68 ***

****

Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan buat semua teman-teman dan rakan-rakan yang mengenali ciksu sempena bulan yang mulia ini ciksu ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan ciksu doakan semua agar berjaya mengisi bulan yang mulia ini dengan seribu keberkatan dan pahala yang melimpah dan akhir kata buat semua ciksu sentiasa berdoa agar kita semua dirahmati Allah.
Aminnnnn................................


*** @Ciksu68 ****

Warehouse Sales








Inilah keadaan jualan gudang ditempat kerja ciksu orang terlalu ramai sampai nak patah rasanya kaki dan terlalu sesak dan penat sungguh rasanya.Walau apapun kami bersyukur kerana menepati target jualan, Aminnnnn...................

*** @Ciksu68 ****

Labtop buat hal



Assalamualikum semua maaflah ciksu menyepi seketika labtop ciksu rosak tak dapat nak update blog , puteri sulong buat hal tak tahu dia update apa sampai internet problem tak boleh log in , nasib baik ada member yang boleh tolong repair, Alhamdulilah dapatlah berblog lagi.


*** @Ciksu68 ****

Isnin, 2 Ogos 2010

Lampu Garam




Inilah lampu garam ciksu dan ada khasiat disebaliknya

Khasiat Lampu Garam Bukit
memberi ketenangan sepanjang masa
meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara
membantu melegakan migran dan sakit kepala
mempercepatkan tahap pemulihan penyakit asma,resdung
sesuai untuk orang yang susah tidur dan kuat berdengkur
meningkatkan tahap konsentrasi
membantu melegakan selsema,demam dan ketenangan minda
mempengaruhi tahap serotonin dalam aliran darah
mengurangkan keletihan dan stress
mengurangkan elektromagnetik
mengurangkan bau asap rokok

*** @Ciksu68 ****