Ahad, 30 Mei 2010

Mimpi Indah

Ayat Qursi













Puteri Bongsu & Kakaknya Nornatrah

Hari ini ciksu rasa sangat tersentuh kerana malam tadi selepas ciksu mengadakan doa selamat untuk puteri Sulong yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti dan membacakan yassin untuk puteri bongsu ciksu yg telah pergi untuk menemui llahi.Sesungguhnya terubat sedikit rasa rindu terhadap Beliau selepas ciksu bermimpi bertemu Dia dan sempat bergurau seperti Ia masih ada dahulu, walaupun Ia telah pergi hampir setahun tapi rasanya Ia tetap ada selalu dihati ini.Kenangan dengannya tak pernah padam kerana ia terlalu manja dengan ciksu dan merupakan seorang puteri yg sentiasa bercakap lemah lembut dan sentiasa meminta izin sebelum memulakan sesuatu bicara dan sentiasa mengingatkan ciksu akan waktu solat. sesungguh Allah lebih menyayangi Dia dan semoga Ia sentiasa disisi orang-orang soleh dan ditempatkan ditaman-taman Syurga.Cuma satu yg tak dapat ciksu lupakan adalah beberapa bulan sebelum Ia pergi, ia selalu memainkan lagu dari rossa iaitu -Ayat-ayat Cinta tak sangka lagu ini membawa maksud dan meninggalkan kenangan buat ciksu.Setiap kali lagu ini kedengaran ciksu akan terasa pilu dan air mata akan mengalir dengan sendiri.Saat cerita ini dilakarkan airmata ciksu tidak berhenti mengalir terasa sungguh rindu terhadap arwah dan oleh kerana terlalu banyak mengalirkan air mata ciksu kini menggunakan kacamata untuk membaca dan menjahit mungkin kesan daripada terlalu banyak menangis.Ia pergi pada usia 4 tahun 6 bulan.Hanya surah Yassin, Ayat Qursi & Solat Sunat mampu memulihkan ciksu dari kemurungan dan mampu meneruskan hidup seperti biasa. Oleh itu ciksu nasihatkan kepada sesiapa yang ingin merawat perasaan dalaman kita banyak-banyaklah beribadat dan mengamalkan ayat-ayat tersebut dan menerima Qada & Qadar dari Ilahi. Amin .....................

Sabtu, 29 Mei 2010

Kuih Talam Gula Merah


Kueh Talam Gula Merah

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Kepada kawan-kawan boleh cuba resepi yg ciksu copy dari kak hanieliza ni ok..........

Khamis, 27 Mei 2010

Doa Selamat


Selepas kering air liur dan kepenatan inilah masanya untuk mereka menjamu selera- Bismillahirahmanirahim.....

Ada yang tersandar mungkin kepenatan atau kehausan semasa yassin tapi terima kasih kepada mereka kerana sudi datang.

Antara tetamu yang hadir sudah cukup penuh untuk ruang tamu ciksu selebihnya duduk diluar sahaja.

Ini pula menu yang ciksu sempat buat hari ini maklumlah semuanya terpaksa dibuat sendiri tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar

Inilah pencuci mulut yang ciksu hidangkan simple aja agar ada rasa manisnya

Rabu, 26 Mei 2010

Derma Ikhlas



Ini adalah derma ikhlas dari rakan sepejabat untuk seorang rakan yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengubati penyakit anak beliau.Kami berjaya mengumpul sejumlah RM1,700 untuk disumbangkan .Alhamdullilah Amin..................

Isnin, 24 Mei 2010

Hari Ibu terlewat


Inilah hadiah dari puteri ciksu yg ketiga katanya "maaf ya adik terlewat hadiahkan mak, sebab adik tunggu orang datang jual coklat kat sekolah semasa sambutan hari guru"
Tak apalah janji dia masih ingat juga pada maknya.Alhamdulilah............

Sabtu, 22 Mei 2010

Ibu Segala Doa

Bismillahirrohmanirrohiem

7 Tanda Diterimanya Do'a "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".) QS. Al Baqoroh 201.

1. Senantiasa Bersyukur Atas Nikmat dan Karunia Dari Alloh Subhanahu wa Ta'ala
2. Istiqomah Dalam menjalanan Ibadah (Wajib maupun Sunnah)
3. Dikaruniai Keluarga Yang Solihah, Sakinah Mawaddah wa Rohmah (Istri yang Solihah, Putra/Putri yang Soleh/Solihah, serta Family Yang Baik)
4. Dikumpulkan Dengan Masyarakat/Lingkungan Yang Sholeh
5. Dikaruniai Rizki Yang Halal dan Barokah
6. Senantiasa Gemar/Semangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah Kepada Allah.
7. Sabar Dalam Menjalani Kehidupan (Sabar Menjalankan PerintahNya dan Menjauhi LaranganNya, Sabar Dalam Mencari KaruniaNya, Sabar Dalam Menjalani UjianNya, Sabar Dalam Musibah) disertai dengan keikhlasan semata-mata mengharap Ridho Alloh Subhanahu wa Ta'ala.

Waminallahi at taufiq wal hidayah.
Wallahu a'lam.

Selasa, 18 Mei 2010

Makan Besar


Berbaris satu meja panjang macam ada persidangan pulak , inilah majlis perpisahan yg diadakan untuk kawan ciksu (steven) yg akan memulakan tugas baru ditempat lain dgn ganjaran lebih baik. Ambil salad tapi tak pandai adjust jadi taklah menarik sangat janji boleh ngap sudahlah hee.......
Pizza Fish King tak sempat nak snap dah kena ngap hai! makan dgn orang laki-laki mana boleh chalengge jadi inilah saja pizza yg sempat kita saji untuk santapan mata anda haaaa........


Dah puas makan sampai tak habis tapi boleh tapau juga kesian member kat office yg tak dapat datang .Walau apa pun "Pizza The Best" ngap gila makan selalu tapi tetap tak jemu sentiasa berselera.





Ahad, 16 Mei 2010




Terimakasih buat rakan -rakan yang banyak membantu dalam blog saya ini terutama buat azie dan fif love U2.

Rabu, 12 Mei 2010

Murah Rezeki

  • Hari ini lunch kawan belanja makan,murah rezeki akak hari ini, dia belanja makan pizza kami pergi empat orang,dia kata sengaja nak belanja sempena dapat kereta baru. Aminnn............
    Semoga bertambah murah rezeki dia kami doakan.

Jumaat, 7 Mei 2010

Lunch

Hari ini kat office lunch time makan nasi lemak sebab dah tahu setiap jumaat penjaja nasi tu tak datang. Nak keluar malas nak ikut member pergi dekat shoplot dekat office tapi bila mereka balik menyesal pulak tak dapat beli baju offer macam dia orang rugi-rugi..........RM50.oo sahaja..

Medical checkup

Semalam kaksu bawa anak pergi checkup untu masuk U, oklah dah settle tapi yang tak puas hati ialah layanan kakitangan klinik kesihatan dekat tempat check temperature dan tekanan darah sangat kurang ajar ada ke patut layan orang tua dengan bahasa kasar dan mengeluarkan perkataan "pakcik ni menyusahkan saya sahaja".Dalam hati kaksu berkata "Ya Allah terimalah balasan kamu suatu hari nanti.Sebagai ingatan janganlah kita berlaku demikian kemana hilangnya sopan santun dan amalan mulia budaya bangsa kita.
Wassalam............

Selasa, 4 Mei 2010

Anak sulung

Satu hadiah istimewa buat ibubapa apabila melihat kejayaan seorang anak yang dapat menjejak kaki kemenara gading. Syukur kehadarat illahi atas nikmat ini, semoga akan bertambah rahmat buat keluarga kami.Semoga kejayaan ini akan menjadi contoh buat puteri kami yang lain.Amin....................

Ahad, 2 Mei 2010

Al- Faatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Mahkota Dewa - Buah ini boleh digunakan untuk ubat jerawat dan daunnya boleh digunakan untuk ubat penyakit kulit seperti gatal2

Sabtu, 1 Mei 2010

labtop baru

hari ini dapat labtop baru dan dah masuk piymix dah ada internet baru boleh chating