Jumaat, 29 Oktober 2010

Musim Haji

Musim haji datang lagi, Alhamdullilah sempat lagi kita merasakannya sekali lagi . Hati ciksu rasa tersentuh melihat mereka yang berjaya menunaikannya untuk tahun ini .














.
Mungkinkah hajat ciksu untuk menunaikan haji pada tahun hadapan akan tercapai.Ciksu sentiasa berdoa agar ciksu dapat melaksanakannya dengan sempurna,tambahan pula ciksu akan memikul tanggungjawab sebagai muhrim kepada ibu ciksu ,mampukah ciksu untuk melaksanakannya.Semoga Allah memberi kekuatan kepada ciksu untuk melaksanakannya.Amin...........................


*** @Ciksu68 ****

Rabu, 6 Oktober 2010

Oven Baru



Hari ini ciksu dapat oven baru seronok rasanya sebab bila oven dah rosak mood memasak terus hilang .Bila dapat oven keinginan memasak datang kembali , oven lama ciksu rosak sebelum raya, nak beli budget kurang simpan untuk raya jadi kuih raya kegemaran ciksu tahun ini tak ada sebab itu malas nak update blog . Hari ini baru ada mood.Insyallah ciksu akan bagi petua dan resepi terkini.

*** @Ciksu68 ****

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya ciksu ucapkan kepada kawan2 dan rakan yang mengenali ciksu.Dikesempatan yang ada ini ciksu ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf sekiranya ada tutur kata dan tingkahlaku ciksu yang menyinggung perasaan .

*** @Ciksu68 ****

Selasa, 24 Ogos 2010

Berbuka Puasa DiSatay Hut



Inilah gambar restaurant Satay Hut pada waktu siang.Lokasinya di Tanjung Karang.

Ciksu singgah untuk menghilangkan penat dan menikmati satay hut sebagai juadah berbuka rasanya memang sedap.
Setiap kali pulang keKg ciksu pasti akan singgah disini.



Ini pula macam biasa minumam kegemaran ciksu nescafe tarik.

Dan yang ini special sikit abc sedap gila dan warna-warni lagi.



Ini nasi goreng ayam kunyit buat putri ketiga ciksu.Ayamnya banyak dan puas makan.


Inilah satay yang kami order untuk hari itu.Harganya cuma 60sen secucuk tapi saiznya dua kali ganda satay biasa, memang puas hati bila makan.

Kepada kawan2 yg nak cuba silakan senang aja nak cari lokasinya cuma dari tepi jalan dah nampak dilaluan tanjung karang.


Selamat berpuasa dan selamat menyambut Lebaran.Wassalam..........

*** @Ciksu68 ****

Selasa, 17 Ogos 2010

Buka Puasa








Hari ciksu berbuka dengan kari kepala ikan, yong tau fuu dan putu piring semua ciksu beli dari pasar malam. Tapi rasa memang sedap sebab ciksu beli dari mereka yang selalu menjaja , jadi tak perlu risau tentang keenakannya, Amin selera terbuka dibuatnya.Alhamdullilah............

glitter-graphics.com*** @Ciksu68 ****