
Rabu, 6 Oktober 2010
Oven Baru

Rabu, 8 September 2010
Selamat Hari Raya
Selasa, 24 Ogos 2010
Berbuka Puasa DiSatay Hut

Inilah gambar restaurant Satay Hut pada waktu siang.Lokasinya di Tanjung Karang.
Ciksu singgah untuk menghilangkan penat dan menikmati satay hut sebagai juadah berbuka rasanya memang sedap.
Setiap kali pulang keKg ciksu pasti akan singgah disini.
Ini pula macam biasa minumam kegemaran ciksu nescafe tarik.
Dan yang ini special sikit abc sedap gila dan warna-warni lagi.

Ini nasi goreng ayam kunyit buat putri ketiga ciksu.Ayamnya banyak dan puas makan.

Inilah satay yang kami order untuk hari itu.Harganya cuma 60sen secucuk tapi saiznya dua kali ganda satay biasa, memang puas hati bila makan.
Kepada kawan2 yg nak cuba silakan senang aja nak cari lokasinya cuma dari tepi jalan dah nampak dilaluan tanjung karang.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Lebaran.Wassalam..........

*** @Ciksu68 ****
Selasa, 17 Ogos 2010
Buka Puasa



Hari ciksu berbuka dengan kari kepala ikan, yong tau fuu dan putu piring semua ciksu beli dari pasar malam. Tapi rasa memang sedap sebab ciksu beli dari mereka yang selalu menjaja , jadi tak perlu risau tentang keenakannya, Amin selera terbuka dibuatnya.Alhamdullilah............

glitter-graphics.com*** @Ciksu68 ****
Jumaat, 13 Ogos 2010
TIP UNTUK WAHAI BAPA N SOMI DIBULAN INI...
Salam ramadhan..kat sini ciksu nak kongsi sedikit tip tuk tatapan para bapa..korang bagitau kat somi masing2 yer..mana ada kaum bapa kat sini yg skodeng blog aku..okey..kat sini ciksu pamerkan 8 tip lelaki meraikan Ramadan dan pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang bulan suci ini.Harap baca yee.....
1) Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.
2) Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.
3) Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.
4) Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.
5) Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
6) Berbuka bersama-sama - ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.
7) Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.
8) Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.

*** @Ciksu68 ****





