Sabtu, 26 Jun 2010

Ubat gatal yg tiada kesan parut

Pada kebiasaanya kanak2 akan mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan kegatalan dan sangat cepat merebak untuk itu ciksu ada sedikit petua yg dapat dimanfaat untu kegunaan bersama bagi mengubat penyakit ini dan tidak akan meninggalkan kesan parut dan kanak2 tidak akan mendapat penyakit ini untuk selamanya,Insyaallah...





Ini adalah belerang yang senang didapati dikedai ubatan cina dan perlu dimasak dengan minyak masak yg bersih ubtuk selama lima minit sahaja.Setelah sejuk sapukan pada kulit kanak2 yg terdapat luka atau kudis tersebut. Amalkan sehingga luka sembuh ,Insyaallah setelah sembuh tiada kesan parut pada kulit dan tiada kudis pada kanak2 sehingga dewasa.

Gunakan bekas tin susu atau bekas tin sardin kerana bau belerang akan melekat pada bekas tersebut dan mudah untuk dipanaskan jika perlu.


Selamat mencuba, kerana ciksu telah melakukannya pada puteri2 ciksu dan mereka hanya kena sekali sahaja kudis pada kulit dan Alhamdulilah hingga sekarang tiada jangkitan dan parut lagi.
Amin...........................


Jumaat, 25 Jun 2010


glitter-graphics.com

Selasa, 22 Jun 2010

Penjara Pudu Dalam Kenangan


LUMPUR: Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah banduan sejak lebih 100 tahun lalu mula diruntuhkan malam tadi apabila kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya.
Kerja merobohkan tembok sepanjang kira-kira 300 meter itu akan dijalankan setiap malam mulai malam tadi hingga esok. Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.
Sepanjang kerja dijalankan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif disebabkan hanya separuh jalan akan dibuka manakala separuh laluan lagi digunakan untuk kerja meruntuh tembok.Pemecahan tembok itu yang pernah dicatatkan sebagai lukisan mural terpanjang di dunia dilakukan untuk pelaksanaan projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah penyuraian trafik.Ratusan orang datang untuk menyaksikan kerja meruntuhkan Penjara Pudu yang dianggap salah satu monumen bersejarah negara, mengambil serpihan tembok batu itu untuk dijadikan cenderamata

Arcopal Glass Ware


Hari ini ciksu dah dapat dinner set dan tea set yang ciksu order sebab dinner set ciksu dah terlalu lama dan kebanyakan cawan untuk tea set dah pecah , jadi ciksu belilah yg baru boleh guna untuk raya nanti.

Isnin, 21 Jun 2010

Hadiah Istimewa Hari Bapa

Tanggal 20hb June hadiah istimewa untuk seorang bapa dari puteri sulong kami kerana hari ini merupakan hari pertama ia menjejakan kaki ke Universiti .Perasaan gembira tidak terucap tetapi tergambar dari riak wajah seorang bapa walau dalam keadaan penat.


Puteri kami menunggu giliran untuk memasuki dewan utama untuk pendaftaran kemasukan dan mengambil keperluan lain seperti tag pelajar, kunci hostel dan sebagainya


Pemandangan sebahagian kampus yang agak luas melebihi 10 hektar dan pelbagai fakulti.


Fakulti Perniagaan disinilah puteri kami akan menimba ilmu untuk jangkamasa 3 tahun Semoga ia akan berjaya dengan pointer yang bagus



Pemandangan sebahagian kampus yang agak luas melebihi 10 hektar dan pelbagai fakulti.









Bersama ninda tersayang





Memori indah diabadikan bersama ninda tersayang didalam kawasan persekitaran kampus.




















Puteri ketiga agak keletihan di saat menunggu dan agak kelesuan kerana cuaca terlalu panas.