Ahad, 13 Jun 2010

4 hari yang membosankan

Minggu ini cukup membosankan kerana ciksu terpaksan lakukan segalanya sendirian dari tugasan pejabat hinggalah urusan rumah tangga semuanya dibuat sendirian. Apa tidaknya suami ciksu pergi outsation 4 hari , malam Ahad baru pulang . Letih dan bosan rasanya nasib baik ada anak-anak dapat juga teman untuk bersembang............
Kepada suami ciksu hati-hati dalam perjalanan biar lambat asal selamat.
Amin................

Khamis, 10 Jun 2010

Tekstil Ungu Buat Sibulat


Tersenyum manja selepas menerima hadiah merajuk......................


Inilah kain untuk baju kurung yang ciksu beli untuk puteri ketiga ciksu atau panggilan manjanya sibulat .Ciksu beli baju ini kerana dia merajuk hari itu jadi untuk memujuk ciksu belikan sepasang kain untuk dibuat baju kurung.

Selasa, 8 Jun 2010

Aksesori Budget


Hari ini lunch time ciksu keluar lunch dgn kawan2 , kami pergi shopping dan ciksu berkenan sangat dengan rantai ala-ala mutiara ni. Jadi ciksu belilah jangan tak percaya costingnya RM10. sahaja, sampai lunch makan burger sahaja sebab tak sempat nak makan nasi haaaa.......

Semoga Sihat Sejahtera Selamanya

Inilah puteri kelahiran untuk Hari Keputeraan YDP Agong hinggakan namanya diambil sempena nama Tunku Ampuan Najihah semasa pemerintahan nya-Nornajihah yang bermaksud Cahaya kejayaan


Inilah sahaja hidangan yang sempat ciksu sediakan maklum sahajalah ciksu baru pulang dari office terpaksa mencari kek yang ready make sahaja.

KFC & Kek Coklat menjadi kegemarannya sejak kecil lagi













Permintaannya mudah sahaja asalkan ada kentucky dan kek coklat sudah mencukupi untuk dikongsikan bersama keluarga.
Ciksu doakan ia agar sihat selalu dan panjang umur semoga ia menjadi puteri yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat, AMIN .....................

Sabtu, 5 Jun 2010

Part time hari Sabtu




Hari ini hari keputeraan YDP Agong so ciksu cuti jadi disebabkan suami ciksu terpaksa berkerja, jadi ciksu pergilah menamani suami tersayang untuk menghantar barangan pelanggan di sekitar Selangor. Seronok juga dapat merasai pengalaman bertemu pelanggan dengan pelbagai ragam dan bermacam bangsa dan suasana yang berbeza. Walau apa pun ciksu bangga mempunyai suami yg sabar melayan kerenah pelanggan.Semoga ia selalu dapat menjalankan kewajipan dengan penuh kesabaran. Wasalam ............