Sabtu, 30 Mac 2013

BISMILAH 5 UNTUK AMALAN KITA SEMUA SERTA PEMBUKA LEMBARAN BARU

[Bismillah+5.JPG]

glitter-graphics.com *** @Ciksu68 ****

Ahad, 20 November 2011

KUIH MUIH UNTUK TEMPAHAN

SETIAP SEPULUH PCS RM4.00


Kepada teman-teman Ciksu yang berminat nak order boleh call ciksu dan harga berpatutaan penghantaran kawasan lembah klang sahaja.

SILA HUBUNGI CIKSU DI TALIAN:016-3021954

*** @Ciksu68 ****

Isnin, 31 Oktober 2011

Teman, Kawan Dan Sahabat ?


Apakah itu Teman, Kawan Dan Sahabat ?

Kadangkala apabila kita mencari sahabat sejati, kita sukar mendapat sahabat yg sentiasa disini, apabila kita mencari kawan sejati, apa yg kita temui kawan yg sering menyakitkan hati. Apabila kita mencari teman sejati, setelah kita temui hanya memerlukan ketika kita senang.

" Tiada apa yg istimewa didlm setiap yg teristimewa, tetapi disebalik sesuatu yg tidak istimewa pasti tersembunyi hikmah yg amat teristimewa".



*** @Ciksu68 ****

Khamis, 27 Oktober 2011

Semoga cepat sembuh.


Hari ini masuk hari ke2 ciksu menemani ayah mertua ciksu di hospital beliau sakit jantung dan badannya terlalu lemah menrut kata doktor beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba mungkin sebab pemakanan atau ubatan yg lupa diambil,walaubagaimanpun syukur kami cepat bertindak dengan membawa beliau segera kehospital. Buat ayah semoga cepat sembuh , Amin............

*** @Ciksu68 ****

Selasa, 18 Oktober 2011

GM Klang.


Assalamualikum,
Lama tak jumpa hari ini ciksu nak kongsi dengan kawan2 pasal lokasi GM Klang kalau nak tahu apa ada kat sana sila datang sendiri, untuk kaum hawa ia memang sangat menarik. Selamat mencari lokasinya berhampiran Jusco Klang dekat Bukit Tinggi.

*** @Ciksu68 ****

Jumaat, 27 Mei 2011

Jumaat

Sedikit renungan dan nasihat buat rakan-rakan ciksu teruskan berusaha dan bersabar dengan apa jua dugaan dari Allah semoga bertambah keimanan kita semua, Aminnnnnn.......






glitter-graphics.com*** @Ciksu68 ****

Emm, malasnyaaa........

Hari ini adalah hari terakhir bagi minggu ini hujan pula agak lebat malas sungguh nak keluar rumah untuk pergi office kalau tak fikir pasal training confirm mc waa waaaa waaaaa......


*** @Ciksu68 ****

Jumaat, 29 April 2011

7 AYAT PENTING AMALAN HARIAN

7 AYAT PENTING AMALAN HARIAN
Untuk renungan semua.Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

*** @Ciksu68 ****

Technical requirements

Technical requirements


glitter-graphics.com*** @Ciksu68 ****

Jumaat, 22 April 2011

Hobi baru



Inilah hobi baru puteri bongsu ciksu, baru sahaja kehilangan ikan laga dia dah minta gantikan dengan yang baru iaitu ikan emas.Hampir setiap masa asyik memerhatikan ikan kesayangannya itu.Sampai hari ini tak mahu pergi sekolah alasan yg diberikan terlalu letih kerana latihan sukan.




Inilah ikan kesayangan puteri bongsu ciksu.







*** @Ciksu68 ****

Rabu, 20 April 2011

Oh Vitamin CCCCCCC..............

Inilah vit. C yang ciksu gunakan untuk menambah daya ketahanan badan dan dapat memulihkan kesan parutan pada muka ciksu, dan ketahui lembut lanjut tentang khasiat Vit.C


Vitamin C atau Asid L-askorbik atau L-askorbat merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.[1] Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.


*** @Ciksu68 ****

Selasa, 19 April 2011

Cenderahati dari Korea

Ini adalah cenderahati yang ciksu terima dari Boss ciksu yang baru pulang dari Korea.Tanda ingatan beliau kepada kami yang tak berpeluang untuk kesana.






T.kasih atas ingatan kepada kami walaupun kecil tetapi ia berharga.

TQ Boss.





*** @Ciksu68 ****

TQ Nuffnang


Tahun ini ciksu rasa bertuah sebab banyak dapat hadiah harijadi dari keluarga rakan dan Nuffnag , yang ciksu naksudkan adalah 4 pass masuk percuma dari TGV.

Inilah pass masuk dari TGV yg ciksu baru ambil dari Nuffnang office di KL.




Tengah tunggu masa yg sesuai untuk tengok wayang.

Any way TQ untuk Nuffnang untuk pass tersebut.

Kepada rakan-rakan jangan kecil hati mungkin rezeki belum sampai insyallah lain kali rezeki anda pula.















*** @Ciksu68 ****

Sabtu, 22 Januari 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H semoga semua hajat rakan-rakan akan tercapai tahun ini.Amin...............





*** @Ciksu68 ****

Jumaat, 29 Oktober 2010

Musim Haji

Musim haji datang lagi, Alhamdullilah sempat lagi kita merasakannya sekali lagi . Hati ciksu rasa tersentuh melihat mereka yang berjaya menunaikannya untuk tahun ini .














.
Mungkinkah hajat ciksu untuk menunaikan haji pada tahun hadapan akan tercapai.Ciksu sentiasa berdoa agar ciksu dapat melaksanakannya dengan sempurna,tambahan pula ciksu akan memikul tanggungjawab sebagai muhrim kepada ibu ciksu ,mampukah ciksu untuk melaksanakannya.Semoga Allah memberi kekuatan kepada ciksu untuk melaksanakannya.Amin...........................


*** @Ciksu68 ****

Rabu, 6 Oktober 2010

Oven Baru



Hari ini ciksu dapat oven baru seronok rasanya sebab bila oven dah rosak mood memasak terus hilang .Bila dapat oven keinginan memasak datang kembali , oven lama ciksu rosak sebelum raya, nak beli budget kurang simpan untuk raya jadi kuih raya kegemaran ciksu tahun ini tak ada sebab itu malas nak update blog . Hari ini baru ada mood.Insyallah ciksu akan bagi petua dan resepi terkini.

*** @Ciksu68 ****

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya ciksu ucapkan kepada kawan2 dan rakan yang mengenali ciksu.Dikesempatan yang ada ini ciksu ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf sekiranya ada tutur kata dan tingkahlaku ciksu yang menyinggung perasaan .

*** @Ciksu68 ****

Selasa, 24 Ogos 2010

Berbuka Puasa DiSatay Hut



Inilah gambar restaurant Satay Hut pada waktu siang.Lokasinya di Tanjung Karang.

Ciksu singgah untuk menghilangkan penat dan menikmati satay hut sebagai juadah berbuka rasanya memang sedap.
Setiap kali pulang keKg ciksu pasti akan singgah disini.



Ini pula macam biasa minumam kegemaran ciksu nescafe tarik.

Dan yang ini special sikit abc sedap gila dan warna-warni lagi.



Ini nasi goreng ayam kunyit buat putri ketiga ciksu.Ayamnya banyak dan puas makan.


Inilah satay yang kami order untuk hari itu.Harganya cuma 60sen secucuk tapi saiznya dua kali ganda satay biasa, memang puas hati bila makan.

Kepada kawan2 yg nak cuba silakan senang aja nak cari lokasinya cuma dari tepi jalan dah nampak dilaluan tanjung karang.


Selamat berpuasa dan selamat menyambut Lebaran.Wassalam..........

*** @Ciksu68 ****

Selasa, 17 Ogos 2010

Buka Puasa








Hari ciksu berbuka dengan kari kepala ikan, yong tau fuu dan putu piring semua ciksu beli dari pasar malam. Tapi rasa memang sedap sebab ciksu beli dari mereka yang selalu menjaja , jadi tak perlu risau tentang keenakannya, Amin selera terbuka dibuatnya.Alhamdullilah............

glitter-graphics.com*** @Ciksu68 ****