
*** @Ciksu68 ****

Hari ini ciksu bercuti untuk pergi kesekolah puteri ketiga ciksu dan dalam masa yang sama ciksu ambil kesempatan untuk housekeeping sebab dalam beberapa minggu yg lepas terlalu sibuk, Jadi hari ini ciksu mula mengemas selepas solat subuh sehingga zuhor barulah selesai dan makan tengahari sekadar ayam goreng sahaja. Itu sahaja rezeki tegahari ini. Amin.......

Ini adalah belerang yang senang didapati dikedai ubatan cina dan perlu dimasak dengan minyak masak yg bersih ubtuk selama lima minit sahaja.Setelah sejuk sapukan pada kulit kanak2 yg terdapat luka atau kudis tersebut. Amalkan sehingga luka sembuh ,Insyaallah setelah sembuh tiada kesan parut pada kulit dan tiada kudis pada kanak2 sehingga dewasa.
Gunakan bekas tin susu atau bekas tin sardin kerana bau belerang akan melekat pada bekas tersebut dan mudah untuk dipanaskan jika perlu.
Tanggal 20hb June hadiah istimewa untuk seorang bapa dari puteri sulong kami kerana hari ini merupakan hari pertama ia menjejakan kaki ke Universiti .Perasaan gembira tidak terucap tetapi tergambar dari riak wajah seorang bapa walau dalam keadaan penat.
Minggu ini cukup membosankan kerana ciksu terpaksan lakukan segalanya sendirian dari tugasan pejabat hinggalah urusan rumah tangga semuanya dibuat sendirian. Apa tidaknya suami ciksu pergi outsation 4 hari , malam Ahad baru pulang . Letih dan bosan rasanya nasib baik ada anak-anak dapat juga teman untuk bersembang............
Inilah kain untuk baju kurung yang ciksu beli untuk puteri ketiga ciksu atau panggilan manjanya sibulat .Ciksu beli baju ini kerana dia merajuk hari itu jadi untuk memujuk ciksu belikan sepasang kain untuk dibuat baju kurung.

Cahaya kejayaan
